Sukan

Sah Taja Liga M

Jenama sukan global PUMA bersama rakan pengedarnya, ACTIVE SPORTS menjalinkan kerjasama baharu bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan mereka akan menjadi pembekal bola pertandingan rasmi untuk semua pertandingan kelolaan pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu.

Perjanjian jangka panjang ini akan bermula pada pertandingan Piala Malaysia 2021 dengan PUMA menyediakan semua bola perlawanan rasmi sehingga 2024.

Ini sekali gus menyaksikan Liga M muncul sebagai liga bola sepak pertama di Asia bersama PUMA yang secara rasmi menghasilkan bola perlawanan edisi khas sekali gus mengukuhkan lagi portfolio PUMA di peringkat global.

Bola pertandingan rasmi edisi khas MFL untuk Piala Malaysia bakal menggabungkan teknologi terkini yang dibangunkan oleh PUMA dan direka untuk melengkapkan pelbagai gaya permainan selain menampilkan logo Piala Malaysia 100 Tahun.

Pengurus Besar PUMA Malaysia, Steven Tan dalam satu kenyataan berkata, ia adalah satu kebanggaan apabila dapat melancarkan kerjasama jangka masa panjang bersama MFL apatah lagi bola sepak sememangnya menjadi sebahagian daripada DNA PUMA.

“Kami berharap dapat sentiasa membawa produk terbaik dalam bola sepak, sentiasa bersedia berdepan cab4ran dan terus berinovasi.

“Kami percaya kerjasama ini akan membuktikan komitmen kami untuk mendor0ng komuniti bola sepak tempatan bergerak ke hadapan dan menjadi inspirasi bagi semua anak muda Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Presiden MFL, Datuk Ab GhanI Hassan menyifatkan tajaan itu menandakan kepercayaan dan keyakinan jenama sukan global PUMA terhadap jenama dan kualiti Liga Malaysia (Liga M) yang menyaksikan peningkatan dari tahun ke tahun.

sumber: bh

“MFL amat gembira dengan perkongsian jangka panjang ini dengan PUMA dan ACTIVE SPORTS di kala kami berdepan cab4ran akib4t pand3mik C0v!d-19. Oleh itu, kami melihat ini sebagai kekuatan semua jenama kami,” kata Ghani.