Sukan

Perlawanan paling jadi tumpuan musim ini

Kekalahan yang dialami Sarawak United FC tidak mengundang panik buat pengendalinya, E Elavarasan dalam pemburvan kejuaraan Liga Perdana selepas tewas 0-1 kepada Kuching City FC pada aksi liga di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), semalam.

Malah Elavarasan menyifatkan pertembungan men3ntang Negeri Sembilan FC pada Jumaat ini menjadi penentu pasukan mana bakal muncul juara tatkala ia ibarat misi hidup dan mat! bagi pasukannya untuk muncul juara pada musim ini.

Beliau berkata, pasukan bimbingannya amat memerlukan kemenangan pada aksi berkenaan nanti bagi menoktahkan perebutan kejuaraan liga dan berusaha mengelak daripada mengheret hingga ke perlawanan terakhir liga.

Kami masih kekal di tangga teratas dan saya tidak panik walaupun tewas 0-1 hari ini (semalam) kerana kami kelebihan dua mata. Bagaimanapun kami tidak boleh biarkan Negeri Sembilan memintas kami sekiranya pasukan itu menang pada perlawanan Jumaat ini.

Oleh itu, kami tidak akan membenarkan Negeri Sembilan untuk ambil kesempatan, sebaliknya kami wajib menang bagi memastikan kejuaraan liga berada dalam genggaman.

“Seandainya seri, aksi terakhir men3ntang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di gelanggang lawan akan menjadi penentuan dan kami akan pastikan ia tidak berlaku kerana menjuarai liga adalah misi utama kami pada musim ini,” kata Elavarasan.

Sementara itu, pengendali Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim jelas gembira dengan kemenangan yang dilakar pada perlawanan itu dan memberi peluang terbaik buat mereka menempah slot ke saingan Piala Malaysia musim ini.

Malah beliau berpuas hati dengan persembahan barisan pemainnya pada pertembungan Borneo Derby apabila pemain yang diturunkan rata-rata anak jati Sarawak yang mahu menunjukkan kualiti mereka tidak boleh di pandang rendah.

Memang hasrat saya untuk menaikkan bakat-bakat muda dari kalangan anak kelahiran Sarawak ini. Malah pemain simpanan yang dibawa masuk juga kesemuanya adalah anak jati Sarawak.

“Secara matematiknya, kami masih belum layak lagi dan perlu menang perlawanan seterusnya men3ntang Kelantan United bagi menempah tiket ke Piala Malaysia,” ujarnya.