Sukan

Paluan gendang sudah berbunyi

Pukulan gendang seolah-olah sudah berbunyi buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang mahu memastikan rentak terbaik mereka untuk tidak terlepas peluang mengutip enam mata pada dua perlawanan terakhir bermula dengan aksi men3ntang UiTM FC esok dan Melaka United pada 12 September ini.

Pengendalinya Aidil Sharin Shahak berkata kegagalan mengutip mata ketika aksi menentang KL City, Sabtu lalu tidak mematahkan semangat anak buahnya yang akan meneruskan usaha mengutip mata penuh dalam baki dua perlawanan Liga Super musim ini.

Kami tidak sesekali menganggap tugas mudah akan kami lalui meskipun berdepan pasukan bawahan seperti UiTM FC, sebaliknya kami sedar lawan juga mahu memperoleh rekod terbaik mereka di Stadium Darul Aman kali ini.

Namun kami perlu bangkit dengan kemenangan dan sangat memerlukan sekurang-kurangnya empat mata lagi dalam baki dua perlawanan seterusnya dan keadaan ini bakal menentukan kedudukan tangga kedua.

Walaupun mungkin keputusan membabitkan pencabar terdekat mungkin dapat ‘membantu’ untuk kami, namun cara itu bagi saya tidak wajar dan kami perlu lakukan usaha kami sendiri untuk mencapai keputusan yang kami sasarkan tanpa bergantung perlu pada keputusan oleh pasukan lain.

Aidil juga berkata semangat skuadnya untuk kembali mempertahankan kedudukan kedua Liga Super musim ini tetap kental dan inilah masanya pemain sedia ada membuktikan usaha terbaik mereka walaupun ketiadaan dua tonggak utama, Kpah Sherman dan Rabih Ataya.

Saya yakin pemain yang dipilih nanti akan beri komitmen yang tinggi dalam dua perlawanan seterusnya dan aksi ini juga mampu menjadi medan kebangkitan untuk pemain kali ini.

“Kami sudah sepakat dan mahu berjuang sebaiknya untuk memastikan kedudukan tempat kedua dan seterusnya layak untuk saingan Piala AFC musim depan”. katanya.

sumber:- HM

Kedah yang kini menghuni tempat ketiga liga dengan mengumpul 39 mata memerlukan sekurang-kurangnya empat mata lagi untuk naik kembali ke tangga kedua sekaligus melepasi sasaran untuk layak beraksi di pentas Piala AFC pada musim depan.