Sukan

Yang Kecil mampu tewaskan Yang Besar

Striker prolifik Selangor FC, Ifedayo Olusegun, masih bernafsu untuk mer0bek gawang pasukan lawan meskipun sudah memecahkan rekod jaringan semusim terbanyak sepanjang zaman Liga Super, yang sebelum ini menjadi milik ikon Kelantan, Mohammed Ghaddar, dengan 23 gol dalam musim 2017.

Hatrik Ifedayo ketika Selangor menewaskan Sabah FC 6-0 di Stadium Likas kelmarin menyaksikan dia kini telah mengumpulkan 25 gol liga sepanjang 2021.

Dia berpeluang melebarkan rekod itu dalam aksi terakhir men3ntang Petaling Jaya City FC di gelanggang sendiri hujung minggu ini.Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, dia berkata: “Musim lalu, saya menjaringkan 12 gol dalam 11 perlawanan. Ia seperti menjaringkan 24 gol jika dimainkan dalam 22 perlawanan.

“Sejak awal musim ini, sasaran saya adalah untuk mengatasi jumlah itu.”Ketika pencapaian peribadi itu dilihat cukup manis buat Ifedayo, pemain kelahiran Nigeria itu mengharapkan sesuatu yang luar biasa buat The Red Giants menjelang saingan Piala Malaysia, yang dijangka bermula hujung bulan ini.

Tambahnya, aksi tidak konsisten pada awal musim ini menyaksikan penamat liga di kedudukan keempat atau kelima sudah cukup baik buat pasukannya.

Berdasarkan pengalaman saya, Piala Malaysia sememangnya satu kejohanan yang berbeza.

“Semangatnya berbeza dan anda dapat lihat betapa pasukan kecil mampu menewaskan pasukan yang lebih besar.
“Jadi, kami perlu meningkatkan permainan dan perlu berusaha untuk tidak tewas sebarang perlawanan dan menjadi lebih baik,” tambahnya.