Pasukan Penang kini berjaya memintas pasukan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC di saat perlawanan hanya tinggal satu lagi. Siapa Sangka senyap-senyap pasukan Penang berjaya memintas dan mencuri slot AFC dari kedua – dua pasukan pilihan tersebut. Walaubagaimanapun , Kedah Darul Aman FC dilihat dapat memintas kembali dengan syarat menang kedua – dua perlawanan nanti.

Penang FC menewaskan Sri Pahang FC, 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Penang dilihat lebih memberi anc@man kepada tuan rumah dengan melakukan gerakan berb@haya untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Peluang terbaik lawan hadir menerusi penyerang import, Anselmo Arruda tetapi bola terkena tiang gol di sebelah kiri ketika penjaga gol Sri Pahang, Helmi Eliza Elias sudah tertewas pada minit ke-10.

Pada minit ke-23, striker tuan rumah, Kenny Athiu hampir membolosi gawang lawan apabila bola tendangannya sedikit melepasi palang gol lawan.

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Athiu mempersia-siakan peluang untuk menjaringkan gol selepas gagal melakukan penyudah tepat biarpun hanya berdepan penjaga gol Penang, Ssmurl Somerville.

Bersambung babak kedua, skuad Tok Gajah bermain lebih baik dengan melakukan s3rangan ke kubu lawan.

Usaha itu berhasil apabila Athiu menjaringkan gol pendahuluan 1-0 selepas menerima hantaran daripada Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-60.

Namun, Penang tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 1-1 hasil sentuhan kapten pasukan, Endrick Dos Santos pada minit ke-67.

Lima minit kemudian, pemain gantian, Muhammad Danial Ashraf Abdullah menjaringkan gol kedua buat Penang untuk mendahului 2-1.

Selepas itu, tuan rumah berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi akur apabila tewas 1-2 di laman sendiri.