Sukan

Mora terpaksa suruh pemain cari motivasi kendiri

Biarpun melakar kemenangan tipis 1- 0, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui puas selepas anak buahnya berjaya membalas dendam kekalahan dengan jaringan yang sama kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi pusingan pertama April lalu.

Malah, dia gembira apabila pasukannya berjaya melebarkan lagi rekod bersih tanpa bolos dalam lima perlawanan terdahulu dan tanpa tewas dalam 10 aksi terakhir liga.

Sebenarnya, ia tidak mudah bagi pasukan yang sudah mencapai sasaran untuk menjadi juara kerana mereka seolah-olah tidak mempunyai motivasi lagi.

“Jadi, saya beritahu mereka untuk mencari motivasi kendiri, contohnya Safawi Rasid pemain kelahiran Terengganu perlu buktikan mampu beraksi lebih baik di tempat sendiri, Bergson Da Silva pula selaku penjaring terbanyak dan dia perlu mencari motivasi untuk menambahkan lagi jaringan. “Selain itu, saya turut memberi penekanan kepada pemain bagi menambahkan lagi rekod bersih seperti tanpa bolos dalam lima perlawanan dan belum kalah dalam 10 perlawanan, ini adalah antara motivasi yang perlu dicari untuk menaikkan lagi semangat pemain bukan hanya pada kejuaraan sahaja.

“Tahniah buat pemain akhirnya mereka berjaya membalas dendam, lagipun hanya TFC sahaja setakat ini yang dapat mengalahkan kami, jadi saya beritahu pemain bahawa ini peluang terbaik untuk melakar kemenangan,” katanya yang merakam penghargaan kepada pemain pertahanan, Shane Lowry yang mel3dak gol tunggal perlawanan pada penghujung babak pertama.

Mengulas lanjut, Mora mengakui dia menerapkan corak permainan berpasukan terutama ketika bertahan dan meny3rang bagi menyaingi lawan yang sudah pasti mahu melebarkan lagi rekod kemenangan.

Kami bermain secara elektif, semua main bertahan dan semua bermain meny3rang dengan fokus utama memberi tekanan kepada lawan dengan hantaran jarak jauh dan menguasai permainan selain masing-masing tahu memainkan peranan mereka dan menukar rentak mengikut kesesuaian perlawanan.

sumber:- HM

“Jadi, untuk aksi terakhir men3ntang Kuala Lumpur City FC, kami mahu menamatkan saingan liga dengan noktah kemenangan dan ia pasti menambahkan lagi kegembiraan walaupun kami telah dinobatkan sebagai juara,” katanya.