Sukan

Dalam Senyap slot AFC bakal di curi dari Kedah Dan TFC

Perebutan tiket untuk ke Piala AFC 2022 di antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC (TFC) masih berlarutan, apabila kedua-dua pasukan itu tewas dalam aksi Liga Super, malam ini.

 

KDA yang memiliki kelebihan satu perlawanan, mempunyai peluang cerah untuk mengesahkan slot ke saingan peringat benua itu selaku naib juara Liga Super, namun dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC.

Kekalahan kedua-dua pasukan teratas tersebuat membuka peluang cerah bagi pasukan yang dalam senyap mengekori rapat  iaitu pasukan Penang FC. Penang FC sekarang mempunyai 37 mata tetapi kurang satu perlawanan berbanding Terengganu FC yang sudah bermain lebih satu perlawanan.

satu Keputusan Seri sudah cukup memintas Terengganu FC, Namun untuk memintas Kedah memerlukan kemenangan dan perlu menunggu keputusan perlawanan terakhir Liga Super.Berikut Kedudukan Terkini Liga Super:

Pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad ‘The City Boys’ membuka jaringan menerusi sepakan penalti pemain import dari Colombia Romel Morales pada minit keenam, sebelum bekas penyerang kebangsaan Safee Sali menggandakan jaringan pada minit ke-26.

Skuad Lang Merah berjaya merapatkan jurang menerusi striker import dari Ivory Coast Tchetche Kipre pada minit ke-34, namun pasukan itu tidak mampu mencalar rekod tanpa kalah skuad kendalian Bojan Hodak dalam 11 aksi di gelanggang sendiri.

TFC pula gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengatasi KDA, apabila tewas tipis 1-0 kepada juara lapan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pemain pertahanan dari Australia Shane Lowry, yang mempunyai pengalaman beraksi bersama Aston Villa, membuka akaun jaringannya di Liga Super apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa  kec3deraan babak pertama (45+2).

Juara Liga Super akan diberikan slot automatik ke saingan Liga Juara-juara AFC 2022, manakala naib juara Liga Super dan juara Piala Malaysia akan mendapat peluang beraksi di Piala AFC 2022. – Bernama