Jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil mengakui amat kecewa selepas skuadnya tewas tipis 1-2 kepada Melaka United (MU) pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.
Katanya, pasukan amat kecewa dengan kekalahan terbabit selepas usaha habis-habisan diterjemah anak buahnya, malah keputusan itu menutup peluang kekal di Liga Super musim depan.
Apapun, dia berharap pemain akan bangkit di pentas Liga Perdana 2022 untuk kembali bersaing di Liga Super musim berikutnya.
Menurutnya, dia mengakui kehilangan 80 peratus pemain utama yang berhijrah ke pasukan lain antara faktor prestasi tidak ‘menjadi’ musim ini tambahan pula pasukan bermain dengan barisan pemain muda yang kurang berpengalaman.
“Pemain bemain dengan baik pada babak pertama dengan berjaya mendahului tuan rumah, bagaimanapun mereka melakukan kesilapan pada 45 minit kedua sehingga lawan meledak dua jaringan,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berkata, dia gembira dengan tiga mata diperoleh kerana ia amat penting untuk kekal di pentas Liga Super dan mara ke Piala Malaysia.
Zainal berkata, pemain tidak beraksi mengikut perancangan pada babak pertama sehingga ketinggalan yang akhirnya menekan pasukan.
sumber: BH
Katanya, pasukan sering kali tertekan dengan kerap kali ketinggalan namun memuji persembahan anak buahnya yang sempat bangkit untuk meledak dua gol sekali gus meraih mata maksimum.