Sukan

Rekod KL City Sukar digugat

Skuad Kuala Lumpur City FC (KL City) akan turun men3ntang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan satu misi iaitu mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di halaman sendiri musim ini apabila kedua-dua pasukan bertembung malam esok

Pengendali skuad The City Boys, Bojan Hodak berkata, kemenangan ke atas KDA FC bukan saja penting dalam memperkukuhkan kedudukan pasukan di pertengahan Liga Super, malah sejarah unik bakal dicipta pasukan itu.

Katanya, rekod tanpa kalah dalam 10 aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras harus dikekalkan dengan menjadikan skuad Helang Merah sebagai mangsa terbaharu.

Saya selalu tekankan kepada pemain agar gunakan kelebihan gelanggang sendiri dengan sebaik-baiknya untuk meraih mata sama menang atau seri.

“Nampaknya pasukan hampir mencipta sejarah tersendiri apabila untuk musim ini, KL City muncul satu-satunya pasukan yang belum pernah kalah di tempat sendiri.

“Rekod ini akan cuba dipertahankan apabila menentang Kedah nanti kerana perlawanan dengan mereka adalah aksi terakhir kami di Cheras sebelum perlawanan terakhir liga men3ntang JDT (Johor Darul Ta’zim) di Johor pada minggu depan,” katanya.

Ketika ini, KL City pada landasan terbaik untuk menamatkan kedudukan carta liga dalam kelompok lima terbaik musim ini.

Bekas juara Piala Malaysia sebanyak tiga kali pada 1987, 1988 dan 1989 serta juara divisyen satu Liga-M 1986 dan 1988 itu mengumpul 30 mata daripada 20 aksi untuk berada di tangga keenam, hanya dibezakan tiga mata dengan Selangor FC di tempat kelima.

Kita ambil pendekatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Saya mahu pemain fokus setiap aksi dan jangan fikirkan soal kedudukan liga.

“Tetapi tidak bermakna kita ambil mudah kedudukan carta, cuma saya mahu pemain kekal fokus untuk beri persembahan terbaik dan cuba raih mata dalam setiap aksi,” katanya.