Sukan

Ronaldo kini dalam proses pengejaran Legenda Malaysia

Cristiano Ronaldo muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas dua jaringan lewatnya membolehkan Portugal menewaskan Republik Ireland 2-1 manakala juara bertahan, Perancis seri 1-1 dengan Bosnia dan Herzegovina pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022, awal pagi tadi.

Sehari selepas melengkapkan kepulangannya ke Manchester United, penalti awal Ronaldo diselamatkan penjaga gol muda, Gavin Bazunu di Faro sebelum Ireland mel3dak gol pendahuluan sejurus sebelum tamat babak pertama.

Tandukan John Egan hampir memberikan kemenangan kepada skuad Stephen Kenny tetapi Ronaldo muncul pemvsnah menerusi jaringan penyamaan minit ke-89 sekali gus mengatasi rekod 109 gol milik legenda Iran, Ali Daei.

Ronaldo, 36, kemudiannya memastikan Portugal meraih tiga mata pada masa kecederaan selepas menanduk masuk hantaran Joao Mario.

“Rekod kini milik saya dan ia unik. Saya sangat gembira dan ia satu lagi dalam karier saya,” kata Ronaldo kepada RTP Public Television.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu turut menyamai jumlah kap terbanyak Eropah milik Sergio Ramos dengan 180 kap.

 

Ronaldo kini hanya perlu mengatasi rekod Lagenda Malaysia Soh Chin Aun bagi melengkapkan pemain paling paling banyak kaps untuk sekuad kebangsaan, Di mana Datuk Soh Chin Aun bermain 195 kali dari 1969-1984.

“Motivasi ini datangnya dari keinginan untuk terus beraksi, juga dari kontrak terakhir (di Manchester United). Saya sangat gembira dapat kembali ke sana,” kata Ronaldo.

“Menjaringkan gol, pamer aksi terbaik dan memenangi gelaran, itu yang paling saya suka.”

Portugal kini mendahului Kumpulan A dengan 10 mata daripada empat perlawanan manakala Serbia tiga mata di belakang dan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Juara kumpulan layak automatik ke pusingan akhir tahun depan di Qatar dan naib juara beraksi di playoff.

Perancis yang turun kali pertama sejak tewas kepada Switzerland pada aksi terakhir terakhir di Euro 2020 ketinggalan di Strasbourg menerusi rembatan rendah Edin Dzeko.

Antoine Griezmann menyamakan kedudukan menerusi tandukan tetapi tuan rumah kehilangan Jules Kounde yang dibuang padang selepas melakukan kekasaran pada awal babak kedua.

Perancis mendahului Kumpulan D dengan empat mata mengatasi Ukraine yang seri 2-2 di Kazakhstan. Finland enam mata di belakang tetapi mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

sumber: HM

Erling Haaland meledak gol pertamanya di kelayakan Piala Dunia ketika Norway seri 1-1 men3ntang Belanda di Oslo tetapi Davy Klaassen menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Satu mata memisahkan empat pasukan teratas Kumpulan G dengan Turki menjadi pendahulu walaupun seri 2-2 menentang Montenegro di tempat sendiri.