Sukan

Peluang Terakhir Jangan sia-siakan

Tiada jalan lain buat Perak FC untuk berusaha menyelamatkan diri daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan selain wajib menewaskan Melaka United FC di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Sekiranya seri atau tewas, peluang untuk skuad Bos Gaurus kekal di Liga Super musim depan akan tertutup rapat selepas mereka kini dibezakan lima mata dari pasukan tangga ke-10, PJ City dengan baki saingan hanya tinggal dua perlawanan.

Bukan mudah sebenarnya untuk Perak apabila bertandang ke gelanggang lawan dengan Melaka United juga memerlukan mata penting bagi menjamin tempat mereka di Liga Super musim depan.

Bagaimanapun, jurulatih Perak, Mohd Shahril Nizam Khalil tampak masih enggan mengalah dengan mengharapkan prestasi terbaik dapat dipamerkan anak buahnya dalam baki saingan musim ini.

Setiap perlawanan kita perlu bermain sebaik mungkin walaupun kita tahu pasukan Perak di kedudukan antara terbawah. Tapi bagi saya, setiap perlawanan kena ada satu peningkatan yang lebih maju.

“Kita cuba ketengahkan pemain untuk lebih bersedia bagi pasukan tahun depan yang mana dari sekarang pengurusan juga sudah mula merancang pasukan Perak untuk musim depan,” katanya.

Perak yang berdepan prestasi buruk musim ini hanya mengumpul 13 mata selepas 20 perlawanan dan menghuni tangga ke-11 liga, empat mata di depan UiTM FC di kedudukan tercorot.

sumber:- HM

Melaka United pula hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu mata lagi untuk terus kekal di Liga Super musim depan dengan mereka yang menghuni kedudukan kelapan berkongsi 18 mata bersama Sri Pahang FC dan PJ City.