Sukan

Belum capai tahapnya — TMJ

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui skuad Harimau Selatan masih belum berada di tahap tertinggi Asia, namun tetap mampu bersaing di peringkat Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Sehubungan itu, Tunku Ismail bertitah, baginda tidak meletakkan harapan tinggi untuk JDT dalam saingan ACL 2021.

Level kita belum berada di tahap tertinggi di Asia tetapi kami buktikan yang kami boleh bersaing dalam tahap tertinggi.

Kita tiada home dan away game, tambahan pemain yang melaporkan diri bersama skuad kebangsaan juga terlalu lama berjauhan daripada pasukan (JDT).

“Secara mental ia sukar buat pasukan, tetapi saya yakin setiap tahun kita akan dapat tambah baik,” titah TMJ dalam laman sosial Instagram miliknya. JDT menduduki tangga ketiga Kumpulan G ACL 2021 selepas mengutip empat mata daripada enam perlawanan peringkat kumpulan.

Sementara itu, Tunku Ismail turut bertitah bahawa baginda percaya semua kelab di Liga Malaysia mampu melakar kejayaan sama seperti dilakukan JDT.

“Semua (kelab bola sepak di Liga Malaysia). Jika diuruskan dengan betul,” titahnya ketika menjawab soalan seorang pengikut laman Instagram baginda.