Sukan

TMJ akhirnya jawab Spekulasi Tinggalkan JDT

Menurut satu Laporan daripada satu portal berita , Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan ada memikirkan kemungkinan meninggalkan kelab yang telah di bawa naik oleh Tuanku sejak sekian lama.

Johor Darul Ta’zim yang bermula dari bawah berjaya mencipta satu fenomena baharu dalam bola sepak Malaysia, Baru – baru ini JDT Sekali lagi dinobatkan selaku juara . Ini merupakan kejuaraan kali kelapan berturut – turut untuk pasukan JDT, Sememangnya Sesuatu yang sukar dicapai oleh mana-mana pasukan lain dalam Liga Malaysia.

Namun, Sejak akhir-akhir ini timbul satu laporan yang menyatakan TMJ sudah bersedia meninggalkan pasukan JDT. Desas -desus itu timbul apabila TMJ memuat naik satu post seperti berikut:

“Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

“Top infrastucture dan 18 piala senior team dan 10 piala junior level. Total 28 piala dalam 8 tahun. “Ini saya punya last hadiah kepada kelab,” kata Tunku Ismail.

Hari ini desas – desus seakan – akan terjawan apabila TMJ ada memberi respond mengenai perkara tersebut. Berikut Jawapan Yang diberi TMJ di laman instagram beliau:

“Saya dah lapan tahun mengurus JDT FC, secara jujur saya letih sikit. Tetapi jikalau saya angkat kaki segala-galanya akan musnah, player akan pegi, sponsor dan staf juga akan pergi.

“So saya 50/50, tetapi dengan secara jujur, saya letih sikit .Kerana saya mengurus bola sepak oleh kerana minat, tetapi saya tidak perlukan bola sepak,” dan dalam Hidup apabila kita tidak rasa gembira atau happy buat sesuatu, jita harus cari benda lain, Saya pun banyak tanggungjawab lain, So buat masa ini 50/50, titah TMJ.

Jawapan baginda bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut laman sosial Instagram miliknya yang bertanyakan sama ada betul baginda akan meninggalkan JDT.

Di harap Tuanku terus dapat menabur bakti dalam memajukan bola sepak Malaysia , khususnya pasukan JDT yang makin dikenali di seluruh dunia