Sukan

Terkini, Emas Ziyad ditarik balik

Dukacita, Malaysia masih lagi dengan 1 emas 1 perak di paralimpik. Kemenangan Ziyad sebentar tadi di batalkan dan Disqualified kerana issue teknikal. (Lambat masuk ke callroom).

Dukacita dimaklumkan bahawa rekod dunia dan pingat emas Ziyad Zolkefli dibatalkan kerana isu teknikal.

Pingat emas acara lontar peluru Paralimpik Tokyo 2020 menjadi milik pesaing dari Ukraine,Maksym Koval.

Apapun, Ziyad tetap juara di hati kita semua..
sumber: page Harimau malaya

Terdahulu,Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tampil persembahan cukup bergaya apabila menghadiahkan pingat emas kedua negara dalam acara lontar peluru F20 di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Selasa.
Tampil dengan semangat Hari Kemerdekaan negara, atlet berusia 31 tahun tersebut mempamerkan aksi cukup bertenaga apabila memecahkan rekod dunia dalam lontaran pertamanya dengan catatan 17.31 meter (m).

Biarpun begitu, Ziyad yang merupakan antara sandaran negara untuk menghadiahkan pingat emas kembali disaingi Maksym Koval apabila atlet dari Ukraine tersebut kembali di depan dengan lontaran sejauh 17.34m.

Anak kelahiran Selangor yang tidak mudah mengalah tersebut dengan status pingat emas pada edisi Rio 2016 kembali di depan apabila merekodkan lontaran luar biasa dengan catatan 17.94m pada lontaran ketiga.