Keputusan mengenai isu pembatalan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tampak hanya dapat dimuktamadkan esok.

Perkembangan itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi akaun Twitternya, @PejaOfPerak, sebentar tadi.

“Protes daripada Ukraine masih diterima. Counter protest daripada 3 negara, Malaysia, Ecuador dan Australia akan dibawa ke mesyuarat CDM esok pagi.

“Kita pertahankan! Mohon doa rakyat Malaysia,” kata Ahmad Faizal.

Ahmad Faizal sebelum itu mengesahkan kem negara sudahpun mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan kem Ukraine sehingga ‘mer0mpak’ pingat emas Ziyad.

sumber: BH

“Protes sudah dihantar. Termasuk semua bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di ‘call room’ dan luar ‘call room. Doakan,” katanya.