Sukan

Lupakan yang terjadi dengan JDT

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC (SPFC), Datuk Mohammed Suffian Awang mahu skuad itu bangkit daripada kekalahan 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu.

Beliau berkata, skuad kendalian Dollah Salleh itu tidak boleh terlepas mata pada baki tiga perlawanan selepas ini.

Persembahan terbaik ditagih untuk memastikan Sri Pahang kekal di Liga Super ketika kedudukan pasukan berada di tempat ke-10 ketika ini.

Mahu atau tidak kemenangan perlu dicari untuk memperbaiki kedudukan sekali gus mengelak berada di zon penyingkiran.

“Saya harap semua pemain dapat beraksi pada tahap terbaik walaupun pasukan ketika ini berdepan masalah kec3deraan membabitkan pemain utama,” katanya.

Antara pemain utama yang mengalami kecederaan ialah kapten pasukan, Muslim Ahmad, Nor Azam Azih, Abdul Malik Mat Ariff, Aung Kaung Mann Zuhair Aizat Mohd Nazri, Helmi Eliza Elias dan Zarif Irfan Hashimuddin.

sumber: HM

Mengulas kec3deraan yang menimpa pemain utama, Mohammed Suffian berkata, skuad itu terpaksa menyandarkan kepada pemain sedia ada terutama pemain muda. Katanya, prestasi yang dipersembahkan ketika berdepan JDT membuktikan mereka mampu untuk tampil lebih bagus. “Saya harap berdepan Kedah Darul Aman (KDA) Rabu ini, diharap Sri Pahang tidak terlepas mata walaupun lawan dilihat berada pada prestasi terbaik,” katanya.