‘Melepaskan gol pada minit akhir memang satu situasi yang teruk.’Itu yang diperkatakan oleh pengendali Selangor FC (SFC), Karsten Neitzel mereka hampir mengutip mata penuh ketika bertemu Melaka United namun impian mereka berkecai apabila dinafikan dengan gol penyamaan lewat permainan pasukan lawan.

Pengendali dari Jerman itu mengakui betapa mereka memerlukan gol kedua untuk menang, namun beraksi dengan 10 pemain menyukarkan perancangan mereka, apatah lagi ditekan sehabis-habisnya oleh Melaka yang memburu gol penyamaan.

“Kita bermula dengan baik pada babak pertama namun selepas beraksi dengan 10 pemain dan di separuh masa kedua, kita kehilangan bola dengan cepat selain berdepan beberapa situasi di dalam kotak daripada serangan Melaka.

Beberapa s3rangan yang dilakukan oleh lawan nyaris membuahkan hasil tetapi apabila kita dibolosi pada saat akhir, ia sangat situasi yang buruk. Perlawanan (masa tambahan’ pun seperti satu minit lebih panjang.

“Kita perlu lebih berb@haya di hadapan gol. Ifedayo (Olusegun) dan Danial (Ahmad Asri) ada peluang tetapi itu tidak cukup untuk jadikan kita lebih tajam di hadapan gol. Sudah tentu kita tidak gembira tetapi kita akan segera bangkit untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Terdahulu, hasrat Selangor untuk merakam lima kemenangan berturut-turut disekat Melaka selepas mereka yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-28 diikat menerusi penyamaan lewat permainan oleh Manuel Ott.

Sementara itu, pengendali Melaka, Zainal Abidin Hassan tetap memberikan pujian kepada anak buahnya atas semangat juang untuk memburu gol penyamaan sekalipun berterusan mengulangi kesilapan yang sama.

Seperti yang sentiasa saya ingatkan kepada pemain, kebanyakan gol yang dibolosi adalah daripada kesilapan kita sendiri tetapi ia berlaku lagi. Kita mendapat kelebihan selepas SFC bermain dengan 10 pemain dan kita nampak pemain lebih tersusun.

Cuma mereka tidak ambil kelebihan itu pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, pemain benar-benar berusaha keras dan tetap bersemangat sehinggalah berjaya mendapatkan gol penyamaan.

“Saya harap pemain dapat mengurangkan kesilapan dan manfaatkan peluang yang ada sebaiknya dalam baki dua lagi perlawanan selepas ini,” katanya.