Sukan

Keputusan Perlawanan Terengganu FC buka ruang besar untuk KDA FC

Peluang Untuk pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk menjadi naib juara seterusnya mendapatkan slot automatik ke Piala AFC makin terbuka luasa dengan kekalahan pasukan Terengganu Fc di tangan KL City FC 0-1 sebentar tadi. Dengan keputusan seri semalam , KDA FC dilihat seakan – akan mensia- siakan peluang dalam pengejaran pasukan Terengganu FC.

Keputusan perlawanan Terengganu FC kini nampaknya kembali membuka peluang yang luas untuk KDA FC .Terengganu FC (TFC) berdepan ‘sekatan jalan raya’ dalam misi membvru kedudukan naib juara apabila tewas 1-0 di tangan KL City FC pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kekal di tangga ketiga dengan 37 mata, mereka kini ketinggalan satu mata di belakang Kedah Darul Aman (KDA), namun kelebihan besar dipegang skuad Lang Merah memandangkan mereka masih memiliki baki dua perlawanan dalam tangan.

KL City pula terus cemerlang apabila mengekalkan rentak dengan tiga kemenangan berturut-turut sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah kepada 10 perlawanan dan di laman sendiri.

Dalam 15 minit pertama menyaksikan KL City lebih garang apabila beberapa kali mencemaskan benteng pertahanan TFC khususnya menerusi situasi sepakan sudut, namun belum cukup untuk membuahkan hasil.

Selepas beberapa kali mencuba, KL City akhirnya di depan selepas bola muntah yang ditepis Mohd Suhaimi Hussin susulan percubaan jarak jauh J Partiban disudahkan Paulo Josue pada minit ke-28.

Beberapa percubaan dihasilkan TFC pada babak kedua, namun sekurang-kurangnya tiga percubaan berbah@ya diselamatkan penjaga gol KL City FC, Kevin Ray Mendoza untuk mengecewakan lawan yang terpaksa pulang dengan tangan kosong.