Sukan

FAM akhirnya bersuara

Susulan satu video telah tular di media sosial pada hari ini yang dilihat dapat memberi kelebihan kepada pasukan Perak dalam mengekalkan kedudukan mereka dalam pasukan Liga super. Sebentar tadi menerusi Stuart Ramalingam , FAM menafikan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Malaysia .

Berikut kenyataan rasmi dari laman facebook FAM:

Kenyataan FAM Berhubung Isu Berkaitan Pasukan Liga Super Dalam Video Yang Tular Di Media Sosial

Merujuk kepada satu video yang telah tular di media sosial pada hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin menyatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan langsung secara rasmi atau tidak rasmi oleh Persatuan ini, sama ada menerusi Presiden atau Setiausaha Agungnya dengan mana-mana pihak lain.

FAM juga ingin memaklumkan bahawa segala keputusan atau ketetapan bagi jumlah pasukan yang beraksi pada saingan Liga Super dan Liga Premier serta penentuan jumlah pasukan yang turun dan naik bagi kedua-dua liga berkenaan adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Malaysian Football League (MFL) dan ahli-ahli lembaga pengarahnya.

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Jikalau perkara ini menjadi realiti dalam menambah bilangan pasukan kedalam Liga Super, Ia akan menjadi satu persaingan yang baharu disamping mungkin terdapat segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Di harap perkara ini dapat di selesaikan dengan baik.