Sukan

Bukan mudah kemudi JDT – Mora

Ketiadaan beberapa tonggak Utama Sri Pahang FC memudahkan lagi kerja Pengendali Johor Darul Takzim ,Benjamin Mora  dalam mencipta sejarah baharu dengan memenangi kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut, sesuatu yang sukar di kecapi oleh pasukan – pasukan bola sepak.

JDT dilihat memanfaatkan segala peluang yang ada dan menguasai hampir keseluruhan permainan, ditambah dengan adanya pengg3mpur utama skuad JDT , Bergson . JDT dilihat terlalu ampuh dalam mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Benjamin Mora  berkata, peranan serta pengaruh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik JDT menjadi inspirasi di atas kejayaan yang diraih pasukan termasuk memperkukuhkan dominasi dalam kancah Liga Super.

Bagi Mora, sokongan yang diberikan Tunku Ismail itu dari aspek kewangan kelab yang kukuh, penyediaan persekitaran dan kemudahan yang canggih serta sokongan dari segi mental dan emosi menjadikan JDT pasukan paling berjaya pada hari ini.

Tugas saya pula hanyalah untuk membantu JDT menggilap bakat pemain untuk mencapai prestasi sebenar dan merea­lisasikan impian TMJ meraihkan pencapaian yang membanggakan dalam sepanjang tempoh ini.

“Bukan mudah buat JDT untuk berada di tahap ini dan semua ini adalah hasil titik peluh Tunku Ismail. Kami hanya perlu membayarnya dengan memenangi kejuaraan demi kejuaraan sehingga kami obses dan menjadikan kami sentiasa dahagakan kemenangan,” katanya selepas JDT mengesahkan gelaran juara Liga Super musim ini kelmarin.

Dalam pada itu, pengendali kelahiran Mexico itu berkata, bukan mudah untuk berada di posisinya yang mengemudi kelab terbaik di dalam negara kerana tidak pernah terlepas daripada kritikan termasuk daripada penyokong sendiri.

Menerima kritikan dari penyokong sendiri adalah reaksi yang normal ketika mendapat keputusan tidak menyebelahi pasukan. Kita perlukan kritikan itu untuk kita memperbaiki kesilapan yang dibuat serta meng­analisa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memastikan pasukan ini terus kuat.

“Sudah menjadi lumrah, tugas ketua jurulatih dinilai pada keputusan akhir yang diraih. Oleh sebab itu, kami cuba sedaya upaya untuk mencatatkan kemenangan setiap minggu untuk memberikan keriangan buat penyokong JDT yang menjadi sumber kekuatan pasukan,” katanya.