Sukan

Ada punca Sabah kena teruk

Masalah ‘miscommunication’ sewaktu di awal perlawanan menjadi antara punca pasukan Sabah FC tewas mengejut 0-4 kepada pasukan tercorot, UiTM FC dalam saingan Liga Super di Stadium UiTM di Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, dua gol pertama pasukan lawan berpunca daripada ‘miscommunication’ pemain terutama di bahagian pertahanan, dan dua gol itu menjadikan semangat Sabah FC untuk melawan menjadi pudar.

Dua gol pertama ituyang membuat pasukan kami ‘down’ pada saat kita mahu bermain secara ‘full attack’, setelah kita analisa permainan mereka. Mereka bermain ‘compact defence’, apabila kita kena serangan balas dan dua gol dalam dua minit memang berat untuk kita kembali.

“Pada separuh masa kedua kita cuba untuk mengubah permainan dengan hampir semua pemain fokus meny3rang, tetapi mereka lagi-lagi lancarkan serangan balas yang menyukarkan kita,” katanya menerusi pesanan suara dikongsikan Sabah FC kepada media tempatan pada Ahad.

Kurniawan berkata, pasukannya akan tetap melihat ke hadapan selain menjadikan perlawanan malam tadi sebagai satu pengajaran, untuk lebih bekerja keras bagi perlawanan Liga Super seterusnya menentang Selangor FC di Stadium Likas di sini pada 5 Sept depan.

Pada perlawanan malam tadi empat gol UiTM FC dijaringkan Kwon Yong-hyun menerusi sepakan penalti pada minit ke-15, diikuti gol Joe Vinicius dua minit kemudian, sebelum Sean Gan Giannelli meledak dua gol dalam tempoh tujuh minit masing-masing pada minit ke-59 dan minit ke-66.

Sabah FC kini pada kedudukan ketujuh Liga Super dengan 19 mata daripada 20 perlawanan, manakala UiTM di kedudukan ke-12, dengan sembilan mata daripada 19 perlawanan. – Bernama