Kelantan FC meraih kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Beraksi di atas padang becak, kedua-dua pasukan memulakan rentak dengan perlahan apabila pemain dilihat cuba menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Bagaimanapun, skuad The Red Warri0rs (TRW) terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan menerusi r3mbatan k3ncang Syed Sobri Syed Mohd. pada minit ke-12.

Pelawat kembali mengikat kedudukan 1-1 empat minit kemudian selepas striker Negeri Sembilan FC, Francis Kone yang menerima hantaran rakan sepasukan bijak melepasi kawalan pertahanan tuan rumah untuk menjaringkan gol.

Jaringan penyemaan itu kembali menyemarak semangat Negeri Sembilan FC dan mereka hampir menambah jaringan kedua pada minit ke-34 sekali lagi menerusi Francis, namun rembatannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang TRW, Mohamad Faridzuen Kamarudin.

Bersambung babak kedua, pelawat terus mendominasi perlawanan menerusi gerak-gerak b@haya ke kubu Kelantan FC, namun dinafikan oleh ketangkasan Mohamad Faridzuen.

Mohamad Faridzuen terus menjadi watak penting apabila sekali lagi menutup peluang Francis untuk menjaringkan gol pada minit ke-78.

Kelantan FC kembali bangkit dan hampir mel3dakan jaringan kedua pada minit ke-82, namun r3mbatan Natanael Ringo sedikit sahaja tersasar dari gawang Negeri Sembilan FC.

Striker TRW, Nursyamil Abd. Ghani berjaya mencetak gol kemenangan pada minit ke-89 menerusi r3mbatan k3ncang dari dalam kotak penalti untuk mewaskan penjaga gawang pelawat, Damien Lim.

Jaringan pada minit akhir itu kekal sehingga wisel penamat dan kemenangan itu menyaksikan Kelantan FC berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri.