Sukan

KDA FC mahu ‘ligan’ dua pasukan teratas

Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak enggan memikirkan mengenai slot automatik ke Piala AFC musim depan selepas menewaskan PJ City FC 4-1 pada Rabu.

Menurutnya, KDA FC kini hanya mahu fokus kepada lima baki perlawanan selain mahu terus memberikan tekanan kepada pencabar yang berada dalam kelompok teratas liga.

Kami tidak memikirkan mengenai perkara tersebut (slot automatik ke Piala AFC) lagi sebab jadual kita juga padat dan apa yang kami lakukan adalah mengharungi satu perlawanan demi satu perlawanan.

Kami perlu untuk dapat sekurang-kurangnya tiga kemenangan dalam tiga perlawanan. Daripada situ boleh lihat di mana kedudukan Kedah.

“Buat masa sekarang, kami mahu terus berikan tekanan kepada beberapa pasukan seperti Penang FC, Selangor FC dan Terengganu FC yang boleh mencabar kelompok teratas liga,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Dalam aksi di Stadium Majis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, Rabih Ataya meledak gol pertama KDA FC seawal minit keempat sebelum Kpah Sherman menambah gol kedua pada penghujung aksi babak pertama.

Kpah menambah gol pada minit ke-56 sebelum PJ City memperoleh gol menerusi Khyril Muhymeen Zambri lima minit kemudian. Hadi Fayadh Zulkifli memastikan kemenangan bergaya KDA FC dengan gol keempat pada penghujung perlawanan.

“Dapat tiga mata adalah satu bonus dan saya mengharapkan rentak kemenangan ini dapat diteruskan dalam aksi men3ntang Perak nanti,” ujar Aidil Sharin.