Kedah FC tetap waspada dengan kemampuan Perak FC dalam misi meneruskan rentak kemenangan apabila melayan kunjungan skuad Bos Gaurus di Stadium Darul Aman malam esok.
Ketua Jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, walaupun semangat skuad hijau kuning kian memuncak selepas mencipta kemenangan hatrik, pemainnya harus mengelak kealpaan dan berhati-hati dengan kebangkitan skuad seladang.
“Jadi saya harap pemain dapat elak kelekaan dan kesilapan mudah yang boleh memberi kesan kepada mom3ntum kemenangan kita diperoleh sebelum ini dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang perlawanan di laman sendiri,” katanya.
Kejayaan Hatrik KDA FC sebelum ini membuka semangat baharu bagi pasukan dalam pengejaran kedudukan terbaik dalam liga, berbanding Perak FC yang masih mencari rentak dan kemungkinan turun ke Liga Perdana sangat besar. Rata – rata Penyokong Kedah Darul Aman FC dilihat risau dengan perlawanan Kedah Malam esok , Lebih -lebih lagi aksi Kedah di laman sendiri sedikit membimbangkan para penyokong.
sumber : FB group kda FC
Menurut satu perkongsian dalam kumpulan penyokong KDA FC beliau memberi satu nasihat dan semangat untuk Para Pemain Kedah Darul Aman FC.
“Salam Jumaat Penyokong Serata Rata.Pertemuan menentang Perak di Darul Aman 28th August Sabtu perlawanan penting bagi memastikan tangga ke 2 liga milik kita..Harus di ingat rekod kita di laman sendri byk kali sudah tercalar..Ayuh..ayuh Kedahku …kita mesti menang ..“
Semoga Perlawanan Malam Esok berjalan dengan lancar untuk kedua -dua pasukan.