Sukan

Beliau betul-betul ubah saya

Perubahan posisi selaku striker utama yang dibuat oleh pengendali PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail, menjadi antara faktor penyumbang di sebalik peningkatan prestasi striker import PDRM, Bruno Suzuki yang sudah mel3dak tujuh gol dalam lapan aksi terakhir.

Bruno yang juga striker kacukan Jepun-Brazil menjelaskan dia begitu selesa beraksi di posisi berkenaan berbanding sebagai striker sokongan.

Jelas Bruno, dia berasa sangat teruja dengan kepercayaan yang diberikan Wan Rohaimi sekali gus dapat membantu pasukan naik ke tangga kelima Liga Perdana dan berpeluang cerah mendapatkan slot ke Piala Malaysia.

Saya akui sangat tengg3lam pada pusingan pertama Liga Perdana pada beberapa perlawanan awal sebelum terpaksa berehat panjang akibat kec3deraan tetapi segala-galanya sangat berbeza pada masa sekarang.

Kehadiran jurulatih, Wan Rohaimi benar-benar mengubah situasi saya di sini kerana dia tahu akan kemampuan saya dengan meletakkan posisi selaku strikerĀ  utama.

Itu menjadi faktor kenapa saya berjaya temui semula sentuhan jaringan yang dicari-cari selama ini dan rasa gembira kerana dapat balas kepercayaan yang diletakkan jurulatih.

“Kini saya hanya mahu mencari tiga lagi gol bagi dari baki tiga aksi yang tinggal kerana sememangnya dari awal musim, saya letakkan sasaran 10 gol bersama PDRM di Liga Perdana,” katanya.

Mengulas mengenai aksi men3ntang Sarawak United FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok, dia mengharapkan pasukan mampu sekali lagi menewaskan pasukan itu seperti mana ketika aksi di Stadium Hang Jebat, 16 April lalu.

Melihatkan suasana sekarang, saya rasa amat gembira dengan perkembangan yang berlaku kerana setiap pemain mula percaya yang mereka boleh lakukan sesuatu dengan pasukan.

“Kami pernah tewaskan dua pasukan di atas kami, Terengganu FC II dan Sarawak United, jadi PDRM sebenarnya boleh menang dengan sesiapa sahaja di Liga Perdana jika setiap pemain ada keyakinan.

“Jika kami dapat bermain di Piala Malaysia, saya yakin PDRM boleh melakar sesuatu dan harap pertemuan dengan Sarawak United kami akan terus konsisten dalam melakar kemenangan,” katanya.